Sunday 1 June 2014

Cerpen : Selendang Merah Jambu (Bahagian 1)

  "Hello girls!" sapa Najah.

  "Oh, hello Najah!" Amira dan 'The Great Girls' selaku kumpulan yang popular di Sekolah Menengah Damansara menyambut sapaan Najah dengan suara dan gaya yang gedik! Sesiapa yang melihatnya, pasti akan termuntah 10 hari 10 malam. Tetapi, ahli kumpulan The Great Girls digilai ramai pelajar lelaki mahupun yang skema, tidak kacak, ataupun bergaya!

    The Great Girls meneruskan langkah 'lemah - gemalai' menuju ke kelas mereka iaitu kelas 4 Bougainvilla. Setelah tiba di tempat duduk masing - masing, mereka duduk lalu pantas mengeluarkan alat solek untuk menghias wajah mereka sebelum guru subjek ke - 5 tiba.
 
   Tiba - tiba, Jannah menjerit lantang. "Aduh, siapa yang meletakkan selendang ini di bawah meja saya! Saya bukannya suka bertudung mahupun berhijab. Nasib baiklah hari ini hari Jumaat. Kalau tidak, memang saya cari dan kerjakan budak itu sampai lunyai!" Jannah merengus geram.

   "Hah, Oh My God! Saya yang paling cantik ini pun belum pernah dapat barang apa - apa! Kad peminat sahaja menghiasi ruangan mata. Melampau ini! Berikan saya kad yang disertakan sekali, Jannah!" Fareeda adalah ahli yang paling busuk hati antara semua pantas merampas kad itu dari tangan Jannah.

  "Hei! Sabarlah. Cepatlah bersolek. Puan Hazrah akan masuk sebentar sahaja lagi. Kamu semua ini memang membuang masa saya untuk terpegun melihat selendang itu!" Amira selaku ketua The Great Girls pantas mengingatkan serta memberi amaran kepada rakannya itu.

  "Baiklah, saya akan simpan dahulu semua ini! Nanti kita tengok balik ya, Fareeda. Tetapi, saya rasa awak paling sesuai di antara semua untuk memakai selendang ini. Kerana, nama awak Fareeda. Awak tahu tidak jenama tudung Fareeda yang popular itu? Ha, mungkin awak boleh cuba pergi ke kedai tudung itu untuk membeli tudung yang ' vogue'!" Jannah menyindir Fareeda yang beria - ia  menggayakan selendang itu di atas rambutnya yang diikat kemas.

  "Hei, suka hati awak sahaja menyindir...." Fareeda tidak sempat memarahi Jannah kerana perbalahan yang baru hendak dimulakan dipintas laju oleh Amira.

   "Kamu semua dengar atau tidak? Bunyi kasut tumit tinggi Puan Hazrah! Cepat kemas peralatan alat solek kita sebelum dirampas oleh Puan Hazrah! Disebabkan kamu berdua ini, saya tidak sempat mahu bersolek cantik - cantik seperti mama saya yang sentiasa 'gorgeous' dengan solekan yang menghiasi wajah." Amira merungut sambil mengemaskan peralatan alat soleknya. Sempat pula itu memuji ibunya!

  "Kami pula! Kami bergaduh tadi, mengapa awak tidak mahu mengemas barang? Lihat sahajakah? Sepatutnya, pada masa itu awak mengemas alat solek awak yang tidak berapa mahal itu!" Fareeda memarahi Amira.

  Jannah diam seketika. Padanya, jika melawan, membantah atau memarahi anak orang kaya yang 'superdiva' di hadapannya, pasti dikeluarkan daripada menjadi ahli kumpulan The Great Girls. Tetapi, hanya Fareeda yang bermulut 'laser' dan berhati busuk sahaja yang berani menegur Amira.

  "Ada aku kisah?" Amira menggunakan slogan yang popular di kalangan remaja masa kini untuk membalas herdikan yang diterima.

Bersambung....

Hehe, jangan marah pada saya ya! Saya malas mahu update blog. Sudah bersawang!! *tiup habuk* Gedik sahaja lebih! Hehe. Padahal, baru 4 hari tak tulis entry baru. Okay, harap terhibur dengan cerpen yang saya buat ini ya~!! Terima kasih kerana membaca! Nanti saya buat sambungannya.

With Love,
Noor Mariah. :)

 

7 Yang Baik Hati :

  1. best teruskan usaha! chaiyok! bila nak sambung :)

    -akak syu'-

    ReplyDelete
  2. Thanks Kak. Mungkin esok :3

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Huh, nak marah - marah dah kenapa? Semua watak dalam cerpen kita tak ada kena mengena dengan manusia yang hidup di muka bumi Allah ni. NO BASH IN MY BLOG! I hate the people who bash me!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada bash. Salah faham. Tak marah pun. Sorry.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner