Thursday 12 June 2014

Cerpen : Selendang Merah Jambu (Bahagian 3)



Hai! Sedar tak sedar sudah 2 minggukan kita cuti? Sekarang masa untuk balik ke sekolah. Argh! Pemalas betul kau Mariah. Tampau kang. Muahaha! Tapi. rindu juga cikgu. T__T . Kerja sekolah? Oh, dah settle beberapa hari lepas. :3 Baca buku? Oh, no. Duduk rumah hanya goyang kaki sambil tengok televisyen. Yalah, asyik baca buku je. Otak pun jam. Hahaha! Alasan. Hmm, apa? Nak cerpen lagi? Okay, mengarut. Kau tak dengar pun suara tu. Memandai - mandai je. Tampau kang. Ha, lagi sekali. Merah pipi T___T .Okay, fine! Nah, cerpen yang korang nak sangat. :3


"Weh Amira, kau tak rasa ke apa yang kau buat itu salah? Cuba kau bayangkan kau berada di tempat Fareeda. Pasti terseksa jiwa raga dan herba! Ops, salah. Herba itu buang ya!" Jannah sempat berceloteh untuk memujuk Amira yang hilang 'mood'nya.

"No. Never. Suka hati akulah mahu buang ahli ke, mahu potong kepala ahli ke, atau mahu bunuh sekalipun!" Amira nyata tidak menerima pujukan Jannah, malah berkeras dan keterlaluan sehingga mahu membunuh!

Jannah menggigil sendirian. Dia pantas meninggalkan Amira yang sudah dihasut supaya memarahi, dan melakukan perkara yang tidak elok sama sekali terhadap rakan yang disayangi!

"Ish, takutnya aku pada Amira! Heeee. Aku pasti The Great Girls pasti akan berpecah belah selepas ini! Habislah tali persahabatan yang kukuh selama ini dipecah belahkan. Okay, relax. Aku ada plan. Kau tunggulah Amira! Kau mahu sangat bunuh orangkan? Hahaha!" Jannah berkata sendirian di dalam biliknya.

"Jannah! Kau sudah gila ke bercakap seorang?" Abang Jannah melaung daripada bawah.

"Ops. Suara aku kuat sangat ke?" Jannah berkata lagi.

"Ya. Kuat sangat! Sampai ke bawah boleh dengar. Hee, takutnya abang pada kamu ini!!" Abang Jannah mengacah Jannah dengan membaling ais ketul yang diisi ke dalam kolenya.

"Abang!!" Jannah mengejar abangnya pantas.

"Cabut!!!" Abangnya mebuka langkah seribu bagai dikejar dengan anjing. Padahal adik sendiri yang membuat angkara! Betapa mesranya hubungan dua beradik itu. Itulah yang diajar emak dan bapanya. Hubungan yang mesra pasti bahagia!

********

"Ya Allah! Apa yang sudah aku lakukan? Aku mahu membunuh? Penggal kepala? Aku sudah lama tidak beribadat kepadaNYA." Amira terasa menyesal atas amaran yang diberikan kepada Jannah sebentar tadi. Dia pantas mengambil wuduk lalu solat.

 Selesai solat, dia berdoa panjang. Terasa hiba pada waktu itu. Tetapi, ia tiada sebab. Ternyata Allah rindukan rintihan hambanya ini. Dia menangis semahu - mahunya di atas sejadah.
Tiba - tiba, emaknya mengetuk pintu bilik. Dia pantas membuka telekung, melipat sejadah dan menyimpan kesemuanya di dalam almari. Dia mengesat air mata lalu baring di atas katil sambil mencapai majalah hiburan.

"Ya mama. Masuklah!" Amira berkata dan cuba mengawal suaranya agar tidak kelihatan serak bagaikan orang yang baru usai menangis.

Emak membuka pintu bilik Jannnah lalu berkata,"Tadi mama dengar dari bawah seperti ada orang menangis. Kamukah itu?" Puan Firda menyoal hairan.

"Eh, ya ke? Saya tidak dengar pun. Mungkin mama silap dengar. Mana ada orang lain selain kita berdua di rumah ini. Kakak di pusat membeli belah, abang pual melanjutkan pelajarannya di universiti. Papa kerja. 6 bulan sekali baru balik. Kita dua orang sahajalah ma." Fareeda berbohong.

"Oh, mungkin jiran kita. Ha, majalah apa yang kamu baca itu? Macam menarik sahaja! Mama tengok boleh?" Puan Firda yang sememangnya sukakan hiburan pantas mengambil majalah itu daripada tangan anaknya.

"Oh, ini majalah hiburan keluaran terbaharu yang saya beli tadi. Best mama! Saya pinjamkan ya! Bacalah." Fareeda tersenyum lebar melihat gelagat emaknya yang masih sukakan hiburan walaupun umurnya sudah mencecah 40 tahun.

BERSAMBUNG...

Hahaha.. Sibuklah. Sorry ya! Ceh, sibuklah sangat! Okay, byebye.

With Love,
Noor Mariah.

0 Yang Baik Hati :

Post a Comment

 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner