Tuesday 27 May 2014

Cuti, Cuti, Cuti!!

Assalamualaikum, Hai!
                                                                                                                                                                    Yeahhh! Cuti sekolah kembali lagi. Sedar atau tidak sedar, kita semakin hampir dengan Ramadhan. Tak sabarnya! Lepas itu raya, dapat makan rendang nenek yang 'awesome'!! Amboi, jauh makcik seorang ini berangan ya. Cuti sekolah ni saya tiada apa - apa perancangan. Cuma pergi kem je. Tu pun 3 hari. hari lain terikat dengan kelas tambahan. :'( Ahh, sedihnyaaa! Nasib baik kelas tambahan minggu hadapan! Kalau minggu ini, of course makcik ponteng nak. Minggu ni, nak fokus untuk tulis manuskrip je. Nak hantar dekat PTS. Kalau diterbitkan novel saya itu, huhuhu! Tidak dapat mahu bayangkan! Betapa popularnya saya! (perahsantan) Muahahaha! Nak juga masuk akhbar macam kawan saya ni! :3 Penulis termuda PTS, 11 tahun.




Tadaaaa!Wan Nur Syafiqahhhh! Nak tahu tak, dia juga masuk televisyen tau, Slot Banananananana! Eh, terpanjang pula 'na' makcik ini! :3 Maklumlah, excited! Doakan saya ya! :) Cuti sekolah berbaki 18 hari lagi. Fuhh, lama itu!! Kalau tidak siap manuskrip juga, tidak tahu lah nak cakap apa. Okey, makcik dah penat membebel! Babaii.. Assalamualaikum. :)

With Love,
Noor Mariah.











Novelistar.


Assalamualaikum, Hai! :)

Semua orang mempunyai impian yang mahu dikecapi. Begitu juga dengan saya yang mempunyai impian mahu menjadi novelis berjaya dunia & akhirat. InsyaAllah. Okey, pasti seseorang itu mempunyai idola/tokoh yang diminati. Pasti tokoh itu mempunyai kaitan dengan impian dan cita - cita kita. Okey, contohnya. Mahu jadi perdana menteri. Mungkin boleh menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai sumber inspirasi. Mahu jadi artis. Pasti tiru gaya Girls Generation menari. (gurau je) hehehe.  Okay, saya mahu jadi novelistar. Saya memilih seorang penulis di mana buku - bukunya majoriti kesemuanya adalah buku bestseller. Beliau bekerja di syarikat PTS Sdn. Bhd. Beliau juga menubuhkan sebuah anak syarikat yang diberi nama BLINK BOOK Sdn. Bhd. Buku yang diterbitkan semuanya bling - bling gitu. hehe. Mahu tahu siapa beliau?
Beliau ialah :

Tadaaaaa! Kak Ain Maisarah binti Daliman~!!



Penulis yang berjaya menghasilkan 44 buah novel~!!! Wow, tulah sebab saya jadikan dia sebagai sumber inspirasi dan idola. Mahu kenal dia lebih lanjut. Haa, ini saya yang baik hati ini mahu kongsi biodata Kak Ain yang disayangi. (perahsantan je lebih)

Biodata Kak Ain.
~Ain Maisarah~

~Menetap di Kuala Lumpur yang indah permai, tetapi sedikit berjerebu~

~Jangan risau... Johor sampai bila - bila tetap di hati~

~Rabun jauh, tetapi tetap degil tidak mahu bercermin mata~

~Berat badan? Ishh.. biarlah rahsia!~

~Ketinggian, rendah sedikit berbanding KLCC iaitu 167.5 cm~

~Kawan baik, Jerawat setia di pipi serta lemak degil yang terlalu berminat mendampingi diri~

~Dalam usaha mencipta nama sebagai penulis tersohor di Malaysia dan luar negara~

~Bersyukur penulisan novel - novel remaja terdahulu diterima ramai seperti Aku Mahu Popular, Aku Mahu Saiz S dan Aku Mahu Teman Tapi Mesra~

~Impian utama, mahu membina Banglo Pink Ain Maisarah : tempat pembaca selalu berkumpul, penulis  -penulis Blink Book santai menulis dan kita semua boleh makan kek. Nyum Nyum.~ (Oh, That is would be so heaven.)

~Paling utama, amat menghargai pembaca seperti menghargai sebutir berlian Habib Jewels!~

Okey, itu adalah sedikit biodata yang boleh dikongsikan. Okey, seperti mana yang saya katakan tadi beliau mempunyai syarikat sendiri yang diberi nama BLINK BOOK Sdn. Bhd. Okey, di sini saya hendak kongsikan gambar penulis - penulis yang bekerjasama dengan Kak Ain.





Dari kiri : Kak Eima Manan, tak kenal :3, Kak Jumie Jain, Kak Aja Daud, Kak Izanor Sharif, Kak AIN MAISARAH, Abang Fazlaidha, Abang Alam Anuar, Abang Azanil Fitri, Abang Aman Wan, Abang Naim Jalil.

Okey, untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bolehlah lawati di sini~!! Haa, untuk mendapatkan buku - buku yang ditulis oleh Kak Ain, bolehlah berwindow shopping di sini pula~!! Okey, sampai di sini saja cerita bling - bling. Babai!! Assalamualaikum.

With Love, (tukar trademark :3)
Noor Mariah. (bakal penulis berjaya.. InsyaAllah!)




Monday 26 May 2014

Hari Kokurikulum

Assalamualaikum pembaca yang disayangi sekalian,

Hai! Saya kembali dengan membawa cerita yang basi :3 Okey, 24 Mei hari tu, sekolah saya ada buat Hari Kokurikulum. Macam saya cerita hari tu, sekolah saya tak ambil duit. Ambil kupon sahaja. Nak dijadikan cerita, time tu saya masuk rumah hantu. Bayar kupon RM2. Tengah syok tengok hantu, tetiba kasut saya tercabut. :3 Fuhh, time tu dah lah pocong ada dekat depan mata. So, saya jadi kelam - kabut. Gelap gila dalam tu. Sumpah gelap! :3 Saya  pun biar je kasut tu. Tinggal sebelah je tersarung dekat kaki. :3 Dah keluar tu, cakap dekat cikgu. Kasut tertinggal dekat dalam rumah hantu yang tak berapa seram (padahal menjerit macam tarzan). Buat malu gila time tu! Sumpah malu gila - gila. Lepastu cikgu dah ambil kasut tu, cikgu bagi saya. Saya pakai terus lari. Aww! (buang tabiat)

Lebih kurang macam ni saya lari. Tapi ada lembut - lembut sikit. Aww! Muahaha!

Lepas masuk rumah hantu saya pergi pula jaga Pameran Doktor Muda. Duduk - duduk je, nampak banyak makanan. Saya ambil satu. Tengah syok makan, tiba - tiba ada adik tu tegur saya. Akak, makanan akak bukan yang tu lah kak. Makanan akak yang ni ha! (sambil tunjuk nasi lemak) Alamak ai! Habislah kupon aku. Bihun soto tu dah lah RM4.00. Saya ada cukup - cukup je. Lepastu saya pun kata, Lahhh, tak cakap. (padahal saya tak tanya) Muahaha! Nah, ambil RM4 kupon ni. (dengan muka terpaksa! haha.) Pergi lah beli lagi satu Bihun dekat gerai cikgu tu. Okey kak!. Maka dengan itu, habislah kupon saya. Huhuhu! Sedih makcik tau! Lain kali, janganlah buat makcik macam ni tau. Nanti makcik menangis, baru kamu tau! Okey, sampai di sini sahaja coretan saya buat kali ini, InsyaAllah kita berjumpa di lain hari, Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.

Salam Gwiyomi,
Noor Mariah.

Saturday 24 May 2014

Salam Perkenalan.

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera! :)

Hai, kamu semua sihat? Saya ada blog baru. Hip Hip Horayyy!! Saya buat blog ini kerana saya hendak meneruskan coretan yang berada di blog - blog semangat tahi ayam yang sudah bersawang! :3 Hohoho! Terserlah kemalasan saya. Okey, saya nak cerita sikit tentang diri saya.

Nama : Noor Mariah (boleh panggil Mar)
Umur : Sweet eleven.
Berasal dari : Negeri Cencaluk. :3

Okey, Itu adalah serba sedikit maklumat diri saya. Tadi, di sekolah saya ada buat Hari Kokurikulum. Alah, yang jual - jual itu. Tahu? :3 Kalau hendak beli, kena beli guna kupon. Satu set kupon RM10. Semestinya, saya adalah seorang ahli kelab Doktor Muda yang berkaliber! (Alamak - alamak nasi lemak, kilang 'perahsantan' sudah dibina!) Saya bertugas jaga booth pemeriksaan kesihatan percuma. Dapatlah juga kawan dengan nes tu tadi. :3 Saya bertugas jaga booth dan periksa BMI diaorang. Apa? Tak tahu BMI tu apa? MasyaAllah. JK. JK. hahaha. BMI tu adalah berat badan dan tinggi yang ideal. Faham makcik? :3 Ramai juga tadi yang datang booth yang saya jaga di Bilik Rawatan. Tapi, yang tua - tua sahajalah! :3 Tapi, ada juga yang tua - tua tak mahu check. Takut doktor agaknya! Tadi saya promote sambil bagi 'brochur' dekat sorang pakcik ni.

Saya : Cik, jom buat pemeriksaan kesihatan! Dekat bilik rawatan sana tu ha. (sambil tunjuk arah bilik rawatan) Kita ada check BMI, gula dalam darah dan tekanan darah.

Pakcik : Tidak apa. Pakcik sihat je.

Hahaha! Nampak sangat takut doktor. Saya kata di dalam hati .(laser time). Okey, nampaknya. Sampai di sini sajalah nenek Mar membebel! Eleh, nenek - nenek pun vogue kan nama tu! Haha. Kilang perahsantan di'renovate'.

Salam Gwiyomi,
Noor Mariah. :)
 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner