Saturday 21 June 2014

UPKK Candidates



Hai semua!! Saya nak umumkan pengumuman yang akan menyedihkan korang semua!! Perahsantan nampaknya ..! Haha, sekali sekala kan :p Okay, saya akan stop berblog kerana mahu fokus dengan peperiksaan UPKK yang bakal saya duduki pada bulan 10. Mesti ada orang kata, Alaaaa, lambat lagi! Rilexlaa. Hoi! Relax kaulah! Haha, OVER nau aku.. Walaupun dia bulan 10, tetapi dia ada peperiksaan percubaan yang susah daripada yang UPKK sebenar. Apa? Tak tahu apa itu UPKK?! Ish ish ish!! Melampaunya korang.. UPKK bermaksud Ujian Penilaian Kelas Kafa. Maknanya peperiksaan sekolah agamalah ni.. Kalau dapat 8A, mesti best. Tapi, korang kena study hard gila gila lah!! Sebab, Rabu ni saya ada percubaan, memang gilalah buka komputer.!! :( Sebab ustazah kata baca nota padat yang disediakan dan hafal kesemuanya~!!! Kau gila apa? Nak hafal satu buku? Memang aku cari fasal buka komputer last minute. Ok, tidak ada entry sampai aku dah bebas dari UPKK. Mungkin bulan 11 atau 12. Sorry korang.

PS : Wish aku goodluck untuk percubaan :) Sayang korang!!

With Love,
Noor Mariah :)

Thursday 12 June 2014

Cerpen : Selendang Merah Jambu (Bahagian 3)



Hai! Sedar tak sedar sudah 2 minggukan kita cuti? Sekarang masa untuk balik ke sekolah. Argh! Pemalas betul kau Mariah. Tampau kang. Muahaha! Tapi. rindu juga cikgu. T__T . Kerja sekolah? Oh, dah settle beberapa hari lepas. :3 Baca buku? Oh, no. Duduk rumah hanya goyang kaki sambil tengok televisyen. Yalah, asyik baca buku je. Otak pun jam. Hahaha! Alasan. Hmm, apa? Nak cerpen lagi? Okay, mengarut. Kau tak dengar pun suara tu. Memandai - mandai je. Tampau kang. Ha, lagi sekali. Merah pipi T___T .Okay, fine! Nah, cerpen yang korang nak sangat. :3


"Weh Amira, kau tak rasa ke apa yang kau buat itu salah? Cuba kau bayangkan kau berada di tempat Fareeda. Pasti terseksa jiwa raga dan herba! Ops, salah. Herba itu buang ya!" Jannah sempat berceloteh untuk memujuk Amira yang hilang 'mood'nya.

"No. Never. Suka hati akulah mahu buang ahli ke, mahu potong kepala ahli ke, atau mahu bunuh sekalipun!" Amira nyata tidak menerima pujukan Jannah, malah berkeras dan keterlaluan sehingga mahu membunuh!

Jannah menggigil sendirian. Dia pantas meninggalkan Amira yang sudah dihasut supaya memarahi, dan melakukan perkara yang tidak elok sama sekali terhadap rakan yang disayangi!

"Ish, takutnya aku pada Amira! Heeee. Aku pasti The Great Girls pasti akan berpecah belah selepas ini! Habislah tali persahabatan yang kukuh selama ini dipecah belahkan. Okay, relax. Aku ada plan. Kau tunggulah Amira! Kau mahu sangat bunuh orangkan? Hahaha!" Jannah berkata sendirian di dalam biliknya.

"Jannah! Kau sudah gila ke bercakap seorang?" Abang Jannah melaung daripada bawah.

"Ops. Suara aku kuat sangat ke?" Jannah berkata lagi.

"Ya. Kuat sangat! Sampai ke bawah boleh dengar. Hee, takutnya abang pada kamu ini!!" Abang Jannah mengacah Jannah dengan membaling ais ketul yang diisi ke dalam kolenya.

"Abang!!" Jannah mengejar abangnya pantas.

"Cabut!!!" Abangnya mebuka langkah seribu bagai dikejar dengan anjing. Padahal adik sendiri yang membuat angkara! Betapa mesranya hubungan dua beradik itu. Itulah yang diajar emak dan bapanya. Hubungan yang mesra pasti bahagia!

********

"Ya Allah! Apa yang sudah aku lakukan? Aku mahu membunuh? Penggal kepala? Aku sudah lama tidak beribadat kepadaNYA." Amira terasa menyesal atas amaran yang diberikan kepada Jannah sebentar tadi. Dia pantas mengambil wuduk lalu solat.

 Selesai solat, dia berdoa panjang. Terasa hiba pada waktu itu. Tetapi, ia tiada sebab. Ternyata Allah rindukan rintihan hambanya ini. Dia menangis semahu - mahunya di atas sejadah.
Tiba - tiba, emaknya mengetuk pintu bilik. Dia pantas membuka telekung, melipat sejadah dan menyimpan kesemuanya di dalam almari. Dia mengesat air mata lalu baring di atas katil sambil mencapai majalah hiburan.

"Ya mama. Masuklah!" Amira berkata dan cuba mengawal suaranya agar tidak kelihatan serak bagaikan orang yang baru usai menangis.

Emak membuka pintu bilik Jannnah lalu berkata,"Tadi mama dengar dari bawah seperti ada orang menangis. Kamukah itu?" Puan Firda menyoal hairan.

"Eh, ya ke? Saya tidak dengar pun. Mungkin mama silap dengar. Mana ada orang lain selain kita berdua di rumah ini. Kakak di pusat membeli belah, abang pual melanjutkan pelajarannya di universiti. Papa kerja. 6 bulan sekali baru balik. Kita dua orang sahajalah ma." Fareeda berbohong.

"Oh, mungkin jiran kita. Ha, majalah apa yang kamu baca itu? Macam menarik sahaja! Mama tengok boleh?" Puan Firda yang sememangnya sukakan hiburan pantas mengambil majalah itu daripada tangan anaknya.

"Oh, ini majalah hiburan keluaran terbaharu yang saya beli tadi. Best mama! Saya pinjamkan ya! Bacalah." Fareeda tersenyum lebar melihat gelagat emaknya yang masih sukakan hiburan walaupun umurnya sudah mencecah 40 tahun.

BERSAMBUNG...

Hahaha.. Sibuklah. Sorry ya! Ceh, sibuklah sangat! Okay, byebye.

With Love,
Noor Mariah.

Cerpen : Selendang Merah Jambu (Bahagian 2)




 Hai semua! Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Wani kerana banyak melayan saya yang asyik me'request' untuk cantikkan blog :) Hehe. Bahasa apakah ini? :p  By The Way, Terima Kasih Banyak Banyak! :D InsyaAllah, kalau tiada apa - apa yang saya mahu me'request' lagi, hidup awak akan aman! :D Okay, lari tajuk. Huhuhu.


"Oh, ada aku suruh kau kisah? Jawapannya pastilah tiada betul? Huh, dasar hati busuk! Kau boleh keluar daripada group aku! NOW! I hate you." Amira menghalau Fareeda keluar daripada The Great Girls.

   "Terima kasih banyak banyak! Sememangnya dariapada dahulu lagi aku berhasrat untuk keluar daripada group gedik ini! Dasar anak lupa diri! Hei, aku tidak ingin langsunglah mahu masuk sebenarnya. Kau carilah orang lain." Fareeda tersenyum sinis sambil menghamburkan kata kata kesat yang tidak tepat sama sekali di lubuk hatinya yang sebenar terhiris.

"Dipersilakan, dialu - alukan, baguslah jikalau begitu! Aku pun tak ingin ambil kau sebagai ahli sebenarnya. Buat semak mata sahaja! Aku ambil kau sebagai ahli pun terpaksa kerana melihat muka kau yang terlalu mengharap." Amira membalas sindiran yang diberi Fareeda.

   Jannah diam seribu bahasa. Dia tidak berani untuk campur tangan dalam pergaduhan itu. Tidak fasal - fasal dirinya yang dihalau sekali. Buruk padahnya!

  Serta merta dengan itu, Puan Hazrah memberi salam kepada 4 Bougainvilla. Serentak semua murid - murid bangun lalu menjawab salam.

   ********

"Aku benci Amira! Aku benci Jannah! Aku benci The Great Girls! Semuanya tidak berguna!! Argh!!!!" Fareeda menjerit kuat untuk meluahkan rasa stress yang dialaminya.

   "Fareeda! Fareeda! Kamu terlihat tikus lagikah yang menyorok di belakang almari itu? Besar tidak?" Puan Firda pantas menaiki tangga dan menuju ke bilik anak perempuannya yang berwarna merah jambu.

Puan Firda mengetuk kuat pintu bilik anaknya. Nasib baik tidak bergegar rumah banglo itu! Sayang sungguh dia kepada anaknya. Maklumlah, anak tunggal!

 Fareeda membuka pintu dengan mata yang lebam kerana puas menangis. Lantas Puan Firda menegur ,"Hei, mengapa mata kamu merah dan lebam?"

"Tiada apa -apa sebab pun. Saya make up dan tidak sangka menjadi begini. Boleh mama ajarkan saya untuk lebih pandai? Please! " Fareeda menyimpan segala duka yang ada di dalam hatinya tanpa diberitahu sesiapa.

"Oh, boleh. Bila - bila masa sahaja. Kamu beritahu sahaja ya!" Puan Firda nyata tertipu dengan sandiwara yang dilakonkan anaknya.

"Yeah! Thanks ma. Love you! Hug." Fareeda memeluk ibu yang tersayang erat.

"No problem. Kamukan vogue seperti mama. Of course, jika mama ajar cara make up, pasti bertambah vogue!" Puan Firda perasan sendirian.


BERSAMBUNG.... :p

Hehehe, tidak cukup masa, ruang serta waktu untuk menaip panjang - panjang! Sebenarnya idea sudah ada, tetapi masa tidak mengizinkan. Baiklah, kita jumpa di entri akan datang! Bersedia ya! :)

With Love,
Noor Mariah.

Monday 9 June 2014

Giveaway Cuti Penggal 2 2014 By Wani

Assalamualaikum, selamat petang semua! Mahu join GA yang best dan hadiahnya gempak? Okay, senang sangat! GA ini dibuat oleh Wani. Okay, tengok banner di bawah..

                                                                       

Okay, sila ALERT~!! Lagi 3 hari GA ini bakal tamat! Ha, mahu joinkan? Mudah. Sila ke SINI. oKya, setakat ini sahaja perkongsian buat hari ini. Kita berjumpa lagi tahun hadapan! Hahaha, gurau saja. Kita berjumpa esok atau lusa kalau saya rajin :p

With Love,
Noor Mariah.

Sunday 8 June 2014

First Giveaway By Asyu Asyura~!!

Assalamualaikum, di pagi, eh, silap! petang yang ceria ini, saya ingin memberitahu bahawa adanya GA yang gila gempaks by Kak Syuhaidah yang comel comel gitu! Okey, lari tajuk~!! :p Mahu dapatkan 2 novel, 2 komik, blog review/best entry dengan percuma? Pasti mahukan? Siapa tak mahu...... I don't know. Hahaha, speaking pula Cik Kiah petang petang ni.. Okay, mahu tahu apa yang bakal dimenangi?

Tadaaaaaaa.....

Dada..... Okay, mengarut!

1. Novel Masih Aku Sayang karya Umi Kalsom.. (Okay, ini sesuai untuk peminat - peminat novel cinta yang romantik gila macam saya. Okay, feeling kejap). Hahaha, Cik Kiah memang suka sweet ni.. :p

2. Novel Dendam Ratu Ular. Alamakkkkk! Seram gila okay! Tapi sesuai untuk orang yang mempunyai bekalan pampers selama 1 bulan. Okay, sorry ya. Nakal sikit hari ni. Hohoho!!

3. Komik Nada Ichigo. Okay, Cik Kiah memang suka komik sangat - sangatttt. Sebab tu Cik Kiah join GA kak Asyu ni. :)

4.Komik Kasih Tak Berbalas.. Okay, lagi sekali tajuk romantik! Huhh! Memang gempaks sangat..

5. Yang ini paling best! Apa yang best? Hoh, Cik Kiah tak menyabar - nyabar ni ha korang oii. Tadaaaa. Blog review/Best Entry. Okay, yang ini paling suka. Ceh, tak popularlah katakan, muahaha!! :3 Okay, mengarut sangat!!


Ha, menarikkan? Mahu join. Mudah sangat! Tetapi, korang kena ingat.. Tarikh tutp GA ini adalah pada 12 Jun 2014. Sila Alert untuk menang hadiah yang gempaks oleh Kak Asyu comellll, Ceh, membodek lebih!!
Opss, lari tajuk pulaaaaa. Okay, mahu join? Boleh klik SINI. Okay, nanti kita tu;lis lagi ya! Semenjak ni, Cik Kiah dah malas untuk menulis entry. Amboi, nak kena ni! Okay, mula mengarut - ngarut.

p/s : Cerpen SMJ nanti sambung ya? Saya mahu siapkan novel untuk dihantar ke PTS Tunas Super . Masih tertunggak di mukasurat 78. Huwaaaa! Idea kering.

Sunday 1 June 2014

Cerpen : Selendang Merah Jambu (Bahagian 1)

  "Hello girls!" sapa Najah.

  "Oh, hello Najah!" Amira dan 'The Great Girls' selaku kumpulan yang popular di Sekolah Menengah Damansara menyambut sapaan Najah dengan suara dan gaya yang gedik! Sesiapa yang melihatnya, pasti akan termuntah 10 hari 10 malam. Tetapi, ahli kumpulan The Great Girls digilai ramai pelajar lelaki mahupun yang skema, tidak kacak, ataupun bergaya!

    The Great Girls meneruskan langkah 'lemah - gemalai' menuju ke kelas mereka iaitu kelas 4 Bougainvilla. Setelah tiba di tempat duduk masing - masing, mereka duduk lalu pantas mengeluarkan alat solek untuk menghias wajah mereka sebelum guru subjek ke - 5 tiba.
 
   Tiba - tiba, Jannah menjerit lantang. "Aduh, siapa yang meletakkan selendang ini di bawah meja saya! Saya bukannya suka bertudung mahupun berhijab. Nasib baiklah hari ini hari Jumaat. Kalau tidak, memang saya cari dan kerjakan budak itu sampai lunyai!" Jannah merengus geram.

   "Hah, Oh My God! Saya yang paling cantik ini pun belum pernah dapat barang apa - apa! Kad peminat sahaja menghiasi ruangan mata. Melampau ini! Berikan saya kad yang disertakan sekali, Jannah!" Fareeda adalah ahli yang paling busuk hati antara semua pantas merampas kad itu dari tangan Jannah.

  "Hei! Sabarlah. Cepatlah bersolek. Puan Hazrah akan masuk sebentar sahaja lagi. Kamu semua ini memang membuang masa saya untuk terpegun melihat selendang itu!" Amira selaku ketua The Great Girls pantas mengingatkan serta memberi amaran kepada rakannya itu.

  "Baiklah, saya akan simpan dahulu semua ini! Nanti kita tengok balik ya, Fareeda. Tetapi, saya rasa awak paling sesuai di antara semua untuk memakai selendang ini. Kerana, nama awak Fareeda. Awak tahu tidak jenama tudung Fareeda yang popular itu? Ha, mungkin awak boleh cuba pergi ke kedai tudung itu untuk membeli tudung yang ' vogue'!" Jannah menyindir Fareeda yang beria - ia  menggayakan selendang itu di atas rambutnya yang diikat kemas.

  "Hei, suka hati awak sahaja menyindir...." Fareeda tidak sempat memarahi Jannah kerana perbalahan yang baru hendak dimulakan dipintas laju oleh Amira.

   "Kamu semua dengar atau tidak? Bunyi kasut tumit tinggi Puan Hazrah! Cepat kemas peralatan alat solek kita sebelum dirampas oleh Puan Hazrah! Disebabkan kamu berdua ini, saya tidak sempat mahu bersolek cantik - cantik seperti mama saya yang sentiasa 'gorgeous' dengan solekan yang menghiasi wajah." Amira merungut sambil mengemaskan peralatan alat soleknya. Sempat pula itu memuji ibunya!

  "Kami pula! Kami bergaduh tadi, mengapa awak tidak mahu mengemas barang? Lihat sahajakah? Sepatutnya, pada masa itu awak mengemas alat solek awak yang tidak berapa mahal itu!" Fareeda memarahi Amira.

  Jannah diam seketika. Padanya, jika melawan, membantah atau memarahi anak orang kaya yang 'superdiva' di hadapannya, pasti dikeluarkan daripada menjadi ahli kumpulan The Great Girls. Tetapi, hanya Fareeda yang bermulut 'laser' dan berhati busuk sahaja yang berani menegur Amira.

  "Ada aku kisah?" Amira menggunakan slogan yang popular di kalangan remaja masa kini untuk membalas herdikan yang diterima.

Bersambung....

Hehe, jangan marah pada saya ya! Saya malas mahu update blog. Sudah bersawang!! *tiup habuk* Gedik sahaja lebih! Hehe. Padahal, baru 4 hari tak tulis entry baru. Okay, harap terhibur dengan cerpen yang saya buat ini ya~!! Terima kasih kerana membaca! Nanti saya buat sambungannya.

With Love,
Noor Mariah. :)

 

Tuesday 27 May 2014

Cuti, Cuti, Cuti!!

Assalamualaikum, Hai!
                                                                                                                                                                    Yeahhh! Cuti sekolah kembali lagi. Sedar atau tidak sedar, kita semakin hampir dengan Ramadhan. Tak sabarnya! Lepas itu raya, dapat makan rendang nenek yang 'awesome'!! Amboi, jauh makcik seorang ini berangan ya. Cuti sekolah ni saya tiada apa - apa perancangan. Cuma pergi kem je. Tu pun 3 hari. hari lain terikat dengan kelas tambahan. :'( Ahh, sedihnyaaa! Nasib baik kelas tambahan minggu hadapan! Kalau minggu ini, of course makcik ponteng nak. Minggu ni, nak fokus untuk tulis manuskrip je. Nak hantar dekat PTS. Kalau diterbitkan novel saya itu, huhuhu! Tidak dapat mahu bayangkan! Betapa popularnya saya! (perahsantan) Muahahaha! Nak juga masuk akhbar macam kawan saya ni! :3 Penulis termuda PTS, 11 tahun.




Tadaaaa!Wan Nur Syafiqahhhh! Nak tahu tak, dia juga masuk televisyen tau, Slot Banananananana! Eh, terpanjang pula 'na' makcik ini! :3 Maklumlah, excited! Doakan saya ya! :) Cuti sekolah berbaki 18 hari lagi. Fuhh, lama itu!! Kalau tidak siap manuskrip juga, tidak tahu lah nak cakap apa. Okey, makcik dah penat membebel! Babaii.. Assalamualaikum. :)

With Love,
Noor Mariah.











 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner