Thursday 12 June 2014

Cerpen : Selendang Merah Jambu (Bahagian 2)




 Hai semua! Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Wani kerana banyak melayan saya yang asyik me'request' untuk cantikkan blog :) Hehe. Bahasa apakah ini? :p  By The Way, Terima Kasih Banyak Banyak! :D InsyaAllah, kalau tiada apa - apa yang saya mahu me'request' lagi, hidup awak akan aman! :D Okay, lari tajuk. Huhuhu.


"Oh, ada aku suruh kau kisah? Jawapannya pastilah tiada betul? Huh, dasar hati busuk! Kau boleh keluar daripada group aku! NOW! I hate you." Amira menghalau Fareeda keluar daripada The Great Girls.

   "Terima kasih banyak banyak! Sememangnya dariapada dahulu lagi aku berhasrat untuk keluar daripada group gedik ini! Dasar anak lupa diri! Hei, aku tidak ingin langsunglah mahu masuk sebenarnya. Kau carilah orang lain." Fareeda tersenyum sinis sambil menghamburkan kata kata kesat yang tidak tepat sama sekali di lubuk hatinya yang sebenar terhiris.

"Dipersilakan, dialu - alukan, baguslah jikalau begitu! Aku pun tak ingin ambil kau sebagai ahli sebenarnya. Buat semak mata sahaja! Aku ambil kau sebagai ahli pun terpaksa kerana melihat muka kau yang terlalu mengharap." Amira membalas sindiran yang diberi Fareeda.

   Jannah diam seribu bahasa. Dia tidak berani untuk campur tangan dalam pergaduhan itu. Tidak fasal - fasal dirinya yang dihalau sekali. Buruk padahnya!

  Serta merta dengan itu, Puan Hazrah memberi salam kepada 4 Bougainvilla. Serentak semua murid - murid bangun lalu menjawab salam.

   ********

"Aku benci Amira! Aku benci Jannah! Aku benci The Great Girls! Semuanya tidak berguna!! Argh!!!!" Fareeda menjerit kuat untuk meluahkan rasa stress yang dialaminya.

   "Fareeda! Fareeda! Kamu terlihat tikus lagikah yang menyorok di belakang almari itu? Besar tidak?" Puan Firda pantas menaiki tangga dan menuju ke bilik anak perempuannya yang berwarna merah jambu.

Puan Firda mengetuk kuat pintu bilik anaknya. Nasib baik tidak bergegar rumah banglo itu! Sayang sungguh dia kepada anaknya. Maklumlah, anak tunggal!

 Fareeda membuka pintu dengan mata yang lebam kerana puas menangis. Lantas Puan Firda menegur ,"Hei, mengapa mata kamu merah dan lebam?"

"Tiada apa -apa sebab pun. Saya make up dan tidak sangka menjadi begini. Boleh mama ajarkan saya untuk lebih pandai? Please! " Fareeda menyimpan segala duka yang ada di dalam hatinya tanpa diberitahu sesiapa.

"Oh, boleh. Bila - bila masa sahaja. Kamu beritahu sahaja ya!" Puan Firda nyata tertipu dengan sandiwara yang dilakonkan anaknya.

"Yeah! Thanks ma. Love you! Hug." Fareeda memeluk ibu yang tersayang erat.

"No problem. Kamukan vogue seperti mama. Of course, jika mama ajar cara make up, pasti bertambah vogue!" Puan Firda perasan sendirian.


BERSAMBUNG.... :p

Hehehe, tidak cukup masa, ruang serta waktu untuk menaip panjang - panjang! Sebenarnya idea sudah ada, tetapi masa tidak mengizinkan. Baiklah, kita jumpa di entri akan datang! Bersedia ya! :)

With Love,
Noor Mariah.

0 Yang Baik Hati :

Post a Comment

 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner