Tuesday 27 May 2014

Novelistar.


Assalamualaikum, Hai! :)

Semua orang mempunyai impian yang mahu dikecapi. Begitu juga dengan saya yang mempunyai impian mahu menjadi novelis berjaya dunia & akhirat. InsyaAllah. Okey, pasti seseorang itu mempunyai idola/tokoh yang diminati. Pasti tokoh itu mempunyai kaitan dengan impian dan cita - cita kita. Okey, contohnya. Mahu jadi perdana menteri. Mungkin boleh menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai sumber inspirasi. Mahu jadi artis. Pasti tiru gaya Girls Generation menari. (gurau je) hehehe.  Okay, saya mahu jadi novelistar. Saya memilih seorang penulis di mana buku - bukunya majoriti kesemuanya adalah buku bestseller. Beliau bekerja di syarikat PTS Sdn. Bhd. Beliau juga menubuhkan sebuah anak syarikat yang diberi nama BLINK BOOK Sdn. Bhd. Buku yang diterbitkan semuanya bling - bling gitu. hehe. Mahu tahu siapa beliau?
Beliau ialah :

Tadaaaaa! Kak Ain Maisarah binti Daliman~!!



Penulis yang berjaya menghasilkan 44 buah novel~!!! Wow, tulah sebab saya jadikan dia sebagai sumber inspirasi dan idola. Mahu kenal dia lebih lanjut. Haa, ini saya yang baik hati ini mahu kongsi biodata Kak Ain yang disayangi. (perahsantan je lebih)

Biodata Kak Ain.
~Ain Maisarah~

~Menetap di Kuala Lumpur yang indah permai, tetapi sedikit berjerebu~

~Jangan risau... Johor sampai bila - bila tetap di hati~

~Rabun jauh, tetapi tetap degil tidak mahu bercermin mata~

~Berat badan? Ishh.. biarlah rahsia!~

~Ketinggian, rendah sedikit berbanding KLCC iaitu 167.5 cm~

~Kawan baik, Jerawat setia di pipi serta lemak degil yang terlalu berminat mendampingi diri~

~Dalam usaha mencipta nama sebagai penulis tersohor di Malaysia dan luar negara~

~Bersyukur penulisan novel - novel remaja terdahulu diterima ramai seperti Aku Mahu Popular, Aku Mahu Saiz S dan Aku Mahu Teman Tapi Mesra~

~Impian utama, mahu membina Banglo Pink Ain Maisarah : tempat pembaca selalu berkumpul, penulis  -penulis Blink Book santai menulis dan kita semua boleh makan kek. Nyum Nyum.~ (Oh, That is would be so heaven.)

~Paling utama, amat menghargai pembaca seperti menghargai sebutir berlian Habib Jewels!~

Okey, itu adalah sedikit biodata yang boleh dikongsikan. Okey, seperti mana yang saya katakan tadi beliau mempunyai syarikat sendiri yang diberi nama BLINK BOOK Sdn. Bhd. Okey, di sini saya hendak kongsikan gambar penulis - penulis yang bekerjasama dengan Kak Ain.





Dari kiri : Kak Eima Manan, tak kenal :3, Kak Jumie Jain, Kak Aja Daud, Kak Izanor Sharif, Kak AIN MAISARAH, Abang Fazlaidha, Abang Alam Anuar, Abang Azanil Fitri, Abang Aman Wan, Abang Naim Jalil.

Okey, untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bolehlah lawati di sini~!! Haa, untuk mendapatkan buku - buku yang ditulis oleh Kak Ain, bolehlah berwindow shopping di sini pula~!! Okey, sampai di sini saja cerita bling - bling. Babai!! Assalamualaikum.

With Love, (tukar trademark :3)
Noor Mariah. (bakal penulis berjaya.. InsyaAllah!)




0 Yang Baik Hati :

Post a Comment

 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner