Monday 26 May 2014

Hari Kokurikulum

Assalamualaikum pembaca yang disayangi sekalian,

Hai! Saya kembali dengan membawa cerita yang basi :3 Okey, 24 Mei hari tu, sekolah saya ada buat Hari Kokurikulum. Macam saya cerita hari tu, sekolah saya tak ambil duit. Ambil kupon sahaja. Nak dijadikan cerita, time tu saya masuk rumah hantu. Bayar kupon RM2. Tengah syok tengok hantu, tetiba kasut saya tercabut. :3 Fuhh, time tu dah lah pocong ada dekat depan mata. So, saya jadi kelam - kabut. Gelap gila dalam tu. Sumpah gelap! :3 Saya  pun biar je kasut tu. Tinggal sebelah je tersarung dekat kaki. :3 Dah keluar tu, cakap dekat cikgu. Kasut tertinggal dekat dalam rumah hantu yang tak berapa seram (padahal menjerit macam tarzan). Buat malu gila time tu! Sumpah malu gila - gila. Lepastu cikgu dah ambil kasut tu, cikgu bagi saya. Saya pakai terus lari. Aww! (buang tabiat)

Lebih kurang macam ni saya lari. Tapi ada lembut - lembut sikit. Aww! Muahaha!

Lepas masuk rumah hantu saya pergi pula jaga Pameran Doktor Muda. Duduk - duduk je, nampak banyak makanan. Saya ambil satu. Tengah syok makan, tiba - tiba ada adik tu tegur saya. Akak, makanan akak bukan yang tu lah kak. Makanan akak yang ni ha! (sambil tunjuk nasi lemak) Alamak ai! Habislah kupon aku. Bihun soto tu dah lah RM4.00. Saya ada cukup - cukup je. Lepastu saya pun kata, Lahhh, tak cakap. (padahal saya tak tanya) Muahaha! Nah, ambil RM4 kupon ni. (dengan muka terpaksa! haha.) Pergi lah beli lagi satu Bihun dekat gerai cikgu tu. Okey kak!. Maka dengan itu, habislah kupon saya. Huhuhu! Sedih makcik tau! Lain kali, janganlah buat makcik macam ni tau. Nanti makcik menangis, baru kamu tau! Okey, sampai di sini sahaja coretan saya buat kali ini, InsyaAllah kita berjumpa di lain hari, Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.

Salam Gwiyomi,
Noor Mariah.

0 Yang Baik Hati :

Post a Comment

 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner